08 February 2019

Badan Berangin - Cubalah Air Rebusan Serai Halia Lemon

Permandangan di pagi hari depan rumah Mak
Biasalah musim buah durian ni, balik-balik kampung jer walaupun kami tak ada dusun tapi rezeki nya macam ada 10 pokok.Haha...Makan durian puas-puas sebelum balik Shah Alam, bukan setakat buah, kuah durian, tempoyak. Alhamdulillah Rezeki.
Dah sedap2 di tekak tu, esoknya badan terus rasa berangin, sakit-sakit badan.

Teringat nak buat rebusan halia, tengok di peti ais ada serai dan lemon. Apalagi Mama pun terus la rebus. Mama add on bunga cengkih dan kulit kayu manis . Sebelum-sebelum ni buat memang tak letak 2 bahan tu. Tengok encik google la, wah ada jugak letak 2 bahan tu. Why not kan. Mungkin rasa sedap. 

Cara-caranya: 
Masuk jer semua sekali dalam periuk bersama air dan rebus, kecuali lemon dan madu. Rebus dalam 15 minit. Wah rumah pun bau wangi. Dah agak -agak nak angkat baru Mama masukkan beberapa slice lemon. Dah siap. 

Minum panas-panas letak madu satu sudu, madu tu selain pemanis semulajadi iapun mempunyai pelbagai khasiat tau. lebihannya masukan dalam peti ais, Minum sejuk pun sodap.Air nj memang sodap panas atau sejuk

Angin pun ber das dis dus keluar. Saya ada baca air rebusan halia dan serai ini memang sesuai di amalkan bagi yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Manakala air rebusan halia,serai,cengkih dan kulit kayu manis untuk wangikan badan.

Cubalah...
Tapi ni untuk Mama tau, kalau anak-anak yang kembung badan berangin sapu lah dengan T-Rub

========================================================================
Saya agen Tasneem Naturel. Berminat dengan mana-mana balm / roll on Tasneem Naturel Whatsaap 01156254769 atau click sini http://www.wasap.my/601156254769

COD / Pickup Shah Alam 
Poslaju Seluruh Malaysia 
Belian lebih daripada 1 balm potongan 10% 
Saya Agen Tasneem Naturel Shah Alam

No comments:

Post a Comment