30 October 2014

Kenapa Sunyi Sepi...

Assalammualaikum Semua... 

Wah dah lama benar rasanya saya tak mengupdate blog ni yer...Rindu plak nak say hi semanis madu dalam ni..Bukannya apa Madu Jelebu dah kehabisan musim..permintaan berganda-ganda..produk "rare" la orang cakap. Sms dan Whatsaap bertalu-talu...Bunga baru nak berputik..List plak dah panjang tunggu turn..Ayoooaaaiii..Soba yo la yo...Sedikit fakta tentang Madu Jolobu ni ha...

Madu ini diambil dari pokok hutan di sekitar jelebu dan hanya diperolehi dlm kuantiti yg banyak semasa musim pokok buah2an dan pokok lainnya berbunga. Diambil oleh team pencari madu yg berpengalaman dan diambil dgn cara khas dgn dimasuk dlm plastik khas tanpa sebarang sentuhan tangan manusia pada sarang lebah yg diambil. Dibiarkan di dalam plastik berkenaan utk beberapa tempoh utk bolehkan semua madu disarang terkumpul sebelum dimasukkan dlm botol dgn tapisan biasa utk diedar. Tiada sebarang proses pemanasan lain dibuat. Madu ini dalam kategori Unfiltered Raw Honey.




Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan Klang. Perkhidmatan pengeposan juga di sediakan ke Seluruh Malaysia.

06 September 2014

Petua - Madu dan Kulit Kayu Manis



1. Jerawat
Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Sapukan di bahagian berjerawat. Kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut
Campuran madu dan kayu manis boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut. Ia membantu membuang angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema
Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.

4.Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.



5. Sakit gigi
Ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran di bahagian gigi yang sakit.Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.

6. Penghadaman
Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada pundi kencing
Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol
Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung
Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis
Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari. Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.




11. Sistem imunisasi
Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan
Lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan Klang. Perkhidmatan pengeposan juga di sediakan ke Seluruh Malaysia.





03 September 2014

Pencarian Madu Hutan Jelebu

Madu Hutan Jelebu permintaan semakin tinggi barang makin kurang......nasib madu di penghujung musim

Alhamdulillah....
Misi pencarian Madu Hutan Jelebu - Jelebu berakhir dengan kelegaan. 
Walaupun hanya 11 kg.....
Memang beginilah nasib barang baik...rare lagi berkualiti tinggi. ...
Ado tapi dah tak banyak di akhir musim ini.
Boleh borong bagi yang terasa nak sebarkan barang berkualiti tinggi ini pada umat....


Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan Klang. Perkhidmatan pengeposan juga di sediakan ke Seluruh Malaysia.

Testimoni Madu - "Badan rasa Segar..Hilang Lesu"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peminat Madu.

Tuh dia....Testimoni dari seorang pengguna Madu Hutan Jelebu. Actually banyak testimoni yang kita dapat dan kebanyakkan nyer secara VERBAL...ni la yang sempat kita capture.




"Badan rasa Segar..Hilang Lesu"

------------------------------------------------------------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a;

"Hendaklah kamu sekalian menggunakan dua jenis ubat iaitu madu dan Al Quran". 


(Sunan Ibnu Majah, disepakati Sahih mengikut sistem periwayatan Bukhari dan Muslim)


Komen Penulis:
#madu membersihkan pembuluh darah, perut dan usus.
#madu memudahkan proses pencernaan.
#madu menstabilkan suhu badan dan metabolisme.
#madu mencairkan kahak dan rawat batuk yang berkahak.
#madu membersihkan liver (hati) & melawaskan kencing.
#madu menawarkan racun cendawan dan virus anjing gila. (Diminum dengan dilarut dalam air putih).
#madu pengawet daging jika disapu pada daging akan bertahan selama 3 bulan.
#madu menjadi ubat yang mujarab bila dicampur dengan cuka buah.
#madu sebagai minuman tenaga.

Nabi Muhammad biasa minum madu yang dicampur dengan air untuk bersihkan air liur.

Rujukan:
At Thibbun Nabawi (terjemahan)"Rawatan Penyakit dan Tips Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah saw",Imam Ibnu Qayyim AjJauziyah,
(m/s 67-68, Terbitan Al Hidayah)


Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan Klang. Perkhidmatan pengeposan juga di sediakan ke Seluruh Malaysia.


25 August 2014

Petua Madu - Baiki Daya Penglihatan



Assalammualaikum peminat madu sekalian. Terima Kasih kerana membeli dengan kami. Stok baru masuk lagi semalam di atas permintaan ramai..Alhamdulillah...Hari ini nak kongsikan Madu sebagai ubat sakit mata.

Petua1: Ubat Sakit Mata
Madu Asli dicampur dengan minyak habbatussauda dan dititis ke mata.*Baca Bismillahirrahmanirrahim & selawat sebelum dititis.


Petua2 :Sakit mata dan katarak
Sapu di kelopak mata bawah 2 kali sehari… Bangun tidur dan sebelum tidur!

Petua3: Rabun Mata
(1) Amalkan minum madu asli setiap har1
(2) 1-2 Titis madu asli setiap pagi, tengahari dan sebelum tidur malam. Buat setiap hari selama 3-6 bulan.

**pastikan Madu yang anda gunakan adalah Madu 100% ASLI.

Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan Klang. Perkhidmatan pengeposan juga di sediakan ke Seluruh Malaysia.

22 August 2014

KisahCinta: Madu Asli Hutan Jelebu ialah 'Raw Unfiltered Honey'.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...Hari nak share apa istimewanya madu yang saya cerita hari-hari ini? tak sama ke dengan madu yang lain? Meh tengok sini penerangan tentang satu ciri yang ada pada Madu Asli Hutan Jelebu ialah - RAW /UNFILTERED / MENTAH

Apabila membeli madu di pasaran, sebaiknya yang berlabel “mentah” "raw" atau sekurang-kurangnya "un-pasteurized." Madu yang mentah hanya di tapis/saring agar bahan-bahan yang tidak tersengaja seperti habuk-habuk kayu dan sebagainya dapat dipisahkan dari cecair madu. Tapisan tidak merosakkan enzim-enzim, vitamin-vitamin dan zat-zat nutrien yang terkandung di dalam madu. Dan madu tersebut masih mengandungi sisa-sisa debunga asli “pollen” yang juga sangat berkhasiat untuk kesihatan. Pollen adalah debunga yang berada pada kuntuman bunga-bunga, berwarna kuning keemasan berbentuk serbuk halus. Setiap butir polen mengandung 100,000 hingga 5 juta spora pollen yang mempunyai kemampuan reproduksi membentuk tumbuh-tumbuhan.

Setengah madu di pasteurais. Bererti, proses pemanasan dilakukan untuk menghapus kuman-kuman yang mungkin berada di dalam madu. Dengan cara ini, madu akan tampak segar, bersih dan menarik perhatian. Masalahnya, kesan dari proses ‎pasteurais ini akan menyirna banyak khasiat-khasiat bermanfaat yang terkandung di dalam madu.

Jesteru, petunjuk pemilihan madu harusnya “mentah”, "raw" atau "un-pasteurised". Cecair pekat dan berkeladak menunjukkan bahawa madu tersebut masih banyak mengandungi bee pollen, bee propolis, vitamin-vitamin, zat-zat galian/gizi, enzim-enzim, vitamin-vitamin dan berbagai jenis zat makanan lain yang mana sehingga kini masih belum dikenalpasti oleh para pengkaji madu.

Credit : http://dharmakesuma.blogspot.com/2011/12/madu-lebah-pilihan-utama-pengganti-gula.html
--------------------------------------------------------------------------------------------------

WHAT IS RAW, UNFILTERED HONEY?

Dec 3, 2010 | By Jessica Hendrick

Honey is a natural sweetener available in many forms -- from translucent liquid to thicker, creamy honey or as honeycomb, dripping with extra honey. The taste of honey changes depending on where the bees harvest the nectar used to make honey, but the processing can also affect the taste. As the least processed honey available, raw, unfiltered honey is only treated minimally.Swipe here to continue

RAW HONEY DEFINITION

According to the National Honey Board, raw honey is “as it exists in the beehive or as obtained by extraction.” Raw honey is also unstrained and does not undergo any heat processing. Commercially produced raw honey, however, often undergoes minimal processing, including high pressure filtration and gentle pasteurization. There is no current regulation for the label, so some raw honey may be more processed than others.

HONEY AND FILTRATION

Honey without filtration contains some impurities, including fine particles from the surrounding environment or hive, pollen grains and bubbles of air. The filtration and extraction process removes these impurities, allowing honey to stay liquid for longer, as well as giving it a clearer and more transparent appearance. All honey extracted from a hive undergoes a basic filtration by the beekeeper to remove larger solids.

RAW HONEY AND POLLEN

Honey is made from nectar, not pollen, although some pollen particles are present in honey, especially raw honey. The National Honey Board, in a 2012 publication, found that the nutritional content of honey, including its antioxidant properties was not severely affected by processing. But processing did significantly reduce the amount of pollen present in honey. Some health food proponents state that bee pollen is highly nutritious and contains numerous health-boosting properties, even in small quantities. That said, the amount of pollen that appears in honey is minuscule -- somewhere between 0.1 percent and 0.4 percent -- and so is considered to have no effect on the nutritional content of honey.

BENEFITS OF RAW HONEY

All honey can be used to treat burns, according to the University of Florida. Honey helps relieve the pain from burns, as well as prevents further air contact with the open wound, possibly reducing the risk of infection. Raw honey is also a natural anti-microbial agent, helping reduce infection as well as the symptoms of infection. A 2004 issue of the "Journal of Medicinal Food" found that an application of raw honey caused infected wounds to become less red and swollen and quickened the rate of healing, as well as the speed with which the infectious bacteria were killed. This animal study found that raw honey had the same strength and effect as local antibiotics, although the fresher the raw honey -- the lower the storage time -- the stronger its anti-microbial ability

Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan KlangPenghantaran ke Seluruh Malaysia.

20 August 2014

Petua Madu : Melegakan Masalah GASTRIK

Assalammualaikum Semua....Semoga anda semua dalam keadaan sihat walafiat...Hari ni sayanak bagi Petua sikit ..eh bukan nak bagi nak SHARE hasil dari tertengok..ternampak dari FB Page Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang persoalan Madu dan Gastrik ;-)

MADU MELEGAKAN MASALAH GASTRIK

“Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.
Baca di sini sekiranya ingin mendapatkan jawapan lengkap dari Dr Zubaidi sendiri: http://drzubaidi.com/blog/madu-mengelakkan-masalah-gastrik-orang-berpuasa/

Dr mencadangkan 2 sudu sehari madu, iaitu selepas bersahur dan berbuka. Madu sangat berkesan untuk melindungi permukaan dinding dalam perut dari asid yang pekat.

================================================
Madu Memelihara Sistem Pencernaan

Sistem pencernaan yang sihat adalah penting dalam membina dan memelihara kesihatan tubuh.

Bermula dari rongga mulut, lalu ke kerongkong "oesophagus", seterusnya ke usus kecil dan akhirnya ke usus besar, sistem pencernaan harus sentiasa sihat dan berfungsi dengan baik agar kuman-kuman tidak menjadikan saluran-saluran tersebut ‎ini sebagai tempat pembiakan dan perebakan penyakit.
Semua jenis madu memiliki ciri-ciri anti-bakteria yang sangat berkesan. Nilai-nilai istimewa ini ‎dapat membantu membina sistem pencernaan tubuh menjadi lebih baik. ‎

Sebagai anti-bakteria, madu menghapus bakteria-bakteria bahaya yang merosakkan usus, menjadikan ‎usus kembali pulih dan sihat.

Di samping itu, madu pula mengandungi beberapa jenis bakteria bermanfaat yang membantu perkembangan flora pencernaaan di dalam usus. Flora pencernaan yang sihat adalah perlu untuk kesihatan.‎

Madu juga berupaya menghapus, mengekang pertumbuhan dan pembiakan bakteria “helicobacter pylori, escherichia coli dan candida ‎albicans” yang menyebabkan keradangan usus, gastrik atau ulser.

Dengan demikian, madu merupakan tonik pembersih kuman bakteria dan pemulihara ‎sistem pencernaan, menjadikan tubuh lebih berkesan melawan serangan dari berbagai jenis ‎penyakit.

*Terdapat amalan, madu dan serbuk kayu manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari:
(1) berkesan ‎merawat sakit perut, gastrik, ulser usus, dan juga kanser tulang.
(2) berkesan untuk ‎merawat masalah nafas berbau.
(3) madu dan serbuk kayu manis, di campur dan ditampalkan pada gigi yang sakit, akan meredakan kesakitan. Credit



Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan KlangPenghantaran ke Seluruh Malaysia.

18 August 2014

Kenali Madu Asli - Prof Madya Hafidzi Mohd Noor

Assalammualaikum..Hari ini saya nak share artikel yang saya baca di Facebook. Artikel ini ditulis oleh Prof Madya Hafidzi Mohd Noor, beliau berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland). Jom Kenali Madu Asli dan Alhamdulillah Madu Asli Hutan Jelebu mempunyai ciri-ciri di bawah.

Siri 1
Madu asli tidak dihurung semut? Benarkah? 
InsyaAllah dalam beberapa siri saya akan kongsikan beberapa maklumat tentang madu asli (tak kiralah madu tualang kah, madu dari hutan gelam, madu dari lebah ternak (apiculture) di kebun kelapa, madu yaman, madu iran dll) 1. Seorang penceramah (ust) yg turut mempromosikan madunya mendakwa madu asli tdk dihurung semut. Bahkan inilah kepercayaan orang ramai bahawa petanda madu asli ia tdk dihurung semut? Apakah ada asas saintifik pd dakwaan/kepercayaan ini? Madu adalah terdiri dari gula fruktos dan glukos bahkan kepekatannya lebih tinggi dari air gula kerana ia gula yg supersaturated (ibarat kita menjerang sirap yg pekat pd suhu melebihi 100 darjah selsius). Jadi bagaimana mungkin madu tdk dihurung semut? Bahkan kalau ditanya kpd pakar kawalan semut, madu adalah perangkap yg berkesan untuk semut. Jadi di mana datangnya kepercayaan madu asli tdk dihurung semut.? Madu yg tdk dihurung semut adalah madu yg sudah mengalami fermentasi (penapaian semula jadi). Madu yg terbiar utk satu tempoh akan mengalami fermentasi dari kehadiran kulat (fungal spores) yg ada dalam madu tersebut. Ini adalah fenomena biasa bagi madu asli yg tdk diproses mengikut piawai pengilangan. (hanya ditapis mudah sahaja). Apabila penapaian berlaku maka byproductnya ialah cuka (natural vinegar) yg bercampur dgn gula madu dan memberikan rasa kemasaman pd madu tersebut. Mungkin mereka yg biasa mengamalkan mengambil madu asli perasan akan rasa kemasaman pd madu tersebut (ini tdk bermakna madu sudah rosak-ia masih boleh diminum cuma kandungan cukanya akan bertambah lagi lama ia disimpan). Dengan keadaan sedemikian sudah tentu madu tadi tidak akan dihampiri oleh semut. Untuk lebih meyakinkan cuba makan madu dari sarangnya yg baru diambil .kita akan rasa betapa manis dan lemaknya tanpa ada rasa masam sedikitpun. Jadi bagi mereka yg berusaha utk mengambil madu asli sila perbetulkan persepsi anda. Biarlah kita berpegang dengan sunatullah dan memahaminya (hukum biologi, fizik dan kimia yg diatur oleh Allah, Tuhan semesta alam). 

Siri 2
Dakwaan atau kepercayaan seterusnya ialah madu asli pekat dan jika dititik kan pd kertas dia tidak pecah dan tidak menitis jika di terbalik kan.
Benarkah? Pekat atau cairnya madu bergantung pd kadar kelembapan. Jika madu itu datangnya dari negara tropika sudah tentu ia cair kerana kandungan air boleh mencapai 25% dari madu. Tetapi jika ia datang dari negara yg beriklim kering atau sederhana maka ia lebih pekat. Dalam bab kandungan air ini juga, madu tertakluk kepada sunatullah. Ia bersifat 'hugroscopic'. iaitu kandungan lembapan/air akan berubah bergantung kepada kelembapan relatif (RH - Relative humidity). Ini bermakna apabila lembapan tinggi maka madu (di sarangnya) akan menyerap lebihan lembapan dan pada kelembapan yang rendah air akan tersejat darinya. Tahap kelembapan yang akan menghasilkan keseimbangan kandungan air ialah pada kelembapan relatif (RH) 60%. Apabila lebih tinggi dari 60% maka ia akan menyerap air dan dengan itu kandungan airnya juga akan meningkat. Di negara beriklim sederhana RH yang rendah menghasilkan madu yang lebih 'kering'. Untuk mengurangkan kandungan air dalam madu, maka penternak biasanya akan menggunakan kaedah tertentu untuk meningkatkan suhu (dengan menggunakan lampu contohnya) supaya kandungan air tadi tidak melebihi 17%. Madu yang 'kering' akan mengelak dari berlakunya fermentasi (tindakan spora-spora kulat menukar madu menjadi cuka).  Untuk mengurangkan proses fermentasi juga maka pengusaha madu profesional akan melakukan proses 'pasteurization' iaitu memanaskan madu pd lebih sedikit 60 darjah celsius dan menyejukkannya seger (1 minit) yg memerlukan peralatan yg khusus-tdk mungkin dimiliki oleh pencari madu asli yg biasa biasa. Jadi kalau ada melihat madu yg dijual secara komersil samada madu luar negara atau dalam negeri jgnlah dibandingkan dengan madu asli yg diambil dari sumbernya, ditapis, dibotolkan dan terus dijual. Sudah tentu ianya lebih cair apatah lagi datang dari negara kita yg lembab dan diambil masa musim tengkujuh pula.
Siri 3
Dakwaan bahawa madu dari negara tertentu adalah terbaik di dunia. Benarkah?
Response saya terhadap dakwaan ini ialah semua madu adalah terbaik di rantau tersebut. Ini bermakna madu hutan tropika/madu tualang adalah terbaik bagi penduduk di rantau Asia Tenggara. Madu Iran adalah terbaik untuk penduduk rantau Teluk Parsi. Madu Yemen adalah madu yang terbaik bagi penduduk di Jaziratul Arab. Setiap jenis madu ada kelebihannya. Jadi jika ada yang mendakwa belilah madu dari negara X kerana ia yang terbaik di dunia, besar kemungkinan ia hanya gimik perniagaan kerana sudah tentu harganya sangat mahal (kos pengangkutan, permit impot dsbnya). 

Apa asasnya. Lebah akan mengunjungi bunga-bungaan yang terdapat di persekitarannya. Madu tualang atau madu hutan tropika akan mengambil nektar dari sekurang-kurangnya 100 jenis tumbuhan berbunga dan sehingga seribu jenis. Bilangan 200 jenis bunga adalah biasa diziarahi oleh lebah hutan tropika. Jadi madu yang terhasil adalah dari sari bunga-bungaan yang terdapat di kawasan tersebut yang lazimnya mempunyai antidot (penawar) kepada penyakit yang dihidapi oleh manusia di kawasan yang sama. Contohnya ada alahan tertentu yang deisebabkan oleh allegen seperti pollen dari bungaan setempat. Maka penawarnya (antidote) juga ada pada bunga yang sama. Ini adalah benar bagi semua lebah madu di seluruh dunia. Jadi ambil lah madu asli dari manapun asalnya, tetapi jangan persempitkan khasiat madu setempat dengan mengatakan madu dari luar (madu asing) lebih b erkualiti dan terbaik di dunia.



Siri 4
Kenapa namanya madu tualang? 
Ia berasal dari sarang lebah yang dibina pada pokok tualang (Koomposia excelsa). Kenapa pokok tualang menjadi pilihan? Bukan sahaja pokok tualang ini paling tinggi bahkan ia mempunyai batang yang licin yang menghalang sarang atau hifenya diancam oleh Beruang matahari (honey bear). Dahannya adalah 30m atau 100 kaki dari paras kanopi hutan hujan tropika. Jadi kedudukan sarang ini sukar untuk didekati.

Sedikit pengenalan tentang pokok tualang. Ia terdapat di Asia Tenggara dari Thailand hingga Filipina. Boleh mencapai sehingga 90m atau hampir 300 kaki (lebih kurang 1/5 dari ketinggian menara KLCC). Pada sepohon pokok tualang boleh terdapat sehingga 50 sarang yang berbentuk disc. Bahkaqn pernah dicerap bilangan sarang sehingga 200 buah pada sepohon pokok. Oleh kerana nilai sarang inilah maka pokok tualang tidak disentuh oleh pembalak. Nilai madunya lebih tinggi dari nilai kayu balak. Spesies lebah yang membina sarang di pohon tualang adalah dari jenis yang agressif Apis dorsata (besar dan garang). Walaupun pohon tualang menjadi pilihan tetapi pokok-pokok lain seperti ara, pohon hutan satu keluarga dengan nangka (artocarpus spp), keruing, balau juga menjadi tempat lebah membina sarang. Di Indonesia (Sumatra) pohon-pohon yang mana terdapat sarang Apis dorsata ini disebut pohon sialang.

Jadi madu tualang mendapat namanya dari pohon di mana lebah membina sarangnya. Ia adalah nama umum untuk madu yang dikutip dari hutan tropika (pohon tualang atau pohon pohon yang lain). Kualiti madu tadi bergantung kepada ekosistem persekitaran. Kandungan madunya bergantung kepada jenis pohon-pohon berbunga yang terdapat dipersekitarannya. menurut kajian bilangan bunga yang diseri oleh lebah Apis dorsata boleh mencapai 100 jenis bahkan sehingga 1000 jenis bunga.

Jadi perbetulkan persepsi anda. Madu tualang bukan madu yang terhasil dari bunga pokok tualang tetapi madu yang diperolehi dari sarang yang dibina pada pohon tualang atau lain-lain pohon hutan hujan tropika.


Credit : https://www.facebook.com/hafidzi.noor

Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan KlangPenghantaran ke Seluruh Malaysia.

17 August 2014

KisahCinta: Hari Raya dan Stok Madu Asli Hutan Jelebu Macam Goreng Pisang Panas

Assalammualaikum.Salam Sejahtera..Alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus bernafas hari ni.....

Raya Raya Raya..masih terasa suasana beraya di sini Shah Alam semalam. Rumah terbuka sini sana, hari semalam juga rumah kami di Shah Alam di kunjungi beberapa family...

Antara tetamu yang hadir selain my beloved MAK ialah Pengusaha Madu Asli Hutan Jelebu sendiri iaitu abang sulong saya sebenarnya. Alang-alang dia datang minta la dia bawakkan stok yang orang dah oder dan minta bawak lebih..ye lah mesti ramai yang berminat nak mendapatkan MADU yang Asli. Tapi memang betul pun..Alhmadulillah Madu Asli ni macam Goreng Pisang Panas semalam..dah tinggal beberapa botol jer lagi. 
 
Product Madu Asli Hutan Jelebu ni katanya memang mendapat sambutan yang luar biasa dari para peminat Madu Asli khususnya. Penghantaran by Courier pernah di buat sehingga ke Johor bagi memberi peluang kepada peminat Madu Asli di Singapore, ke Terengganu dan banyak lagi. Yess, anda yang jauh tapi berminat pun bole hubungi saya bagi mendapatkannya Insya Allah.

Satu-satunya makanan dalam Al Quran yang dinamakan secara jelas sebagai ubat ialah madu (An Nahl ayat 69).Perkataan "syifa" yang disematkan pada madu bererti bersifat mengubat secara umum dan menyeluruh..

KELEBIHAN MADU LEBAH ASLI
  • Dapat mengubati penyakit dalam perut
  • Dapat mengubati penyakit medu (gastrik) 
  • Dapat membuang kekotoran yang terdapat di dalam usus2 besar atau kecil dalam perut
  • Dapat mengubati penyakit KETAGIHAN DADAH - caranya : ambil madu lebah asli + minyak/air bunga mawar yang panas. Buat dalam segelas atau secawan. Minum perlahan2 hingga habis. 
  • Dapat melawaskan pembuangan air besar
  • Boleh mencerahkan mata. caranya : sapukan madu pada alis mata atau kening dan biarkan beberapa jam. Basuh seperti biasa
  • Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikan sebagai ubat gigi
  • Menghilangkan penyakit yang banyak kahak
  • Menghilangkan kesan2 candu/rokok yang melekat pada bahagian paru2
  • Mencerdaskan otak kanak2 dan dewasa
  • Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terkena
  • Madu lebah asli juga amat sesuai dengan semua jenis penyakit. Caranya : ambil air suam segelas + 2 sudu madu lebah asli. Kacau dan minum. Buat sekali sehari saja. Credit

Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan KlangPenghantaran ke Seluruh Malaysia.

14 August 2014

KisahCinta : Den Anak Jelebu


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua... Saya memang berasal dari Jelebu, dilahir dan dibesarkan dan bersekolah di sana. Apa yang menarik di Jelebu selain Madu Asli Hutan Jelebu (hehe promote skeet) ?

Antaranya ialah Jeram Toi , serius cakap la memang Jeram Toi is the best jeram yang saya penah pergi. Bukan sebab saya orang Jelebu saya nak promote..tak..tapi cubolah poie...memang syiok woo...Apa yang menariknya Jeram Toi ini? keistimewaan lokasi ini ialah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari puncak Gunung Telapak Buruk. Hutan Lipur Lata Kijang Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi tempat ni jauh sikit dari Pekan Kuala Klawang. Tempat  ni sesuai bagi pencinta alam dan para penyelidik berikutan keunikan Hutan Lipur ini adalah dari sudut spesies tumbuhan-tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain. Moh la singgah Jelebu ...


Ha..Belanja satu gambar kat Jeram Toi...Tengok gambar pun rasa nak mandi jeram jer....Siok wooo
Baca Sikit Asal Usul Nama Jelebu

Ketika itu kawasan Jelebu dikenali sebagai Sungai Lumut dan kemunculan nama Jelebu tidak dapat dipastikan. Ada cerita mengatakan Jelebu adalah nama seorang Tok Batin yang mati lemas di Sungai Teriang di kawasan itu. Nama Jelebu berasal dari kisah yang diceritakan secara lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini. Kisahnya, pada suatu hari, Tok Batin iaitu ketua suku kaum Asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut, sedang berkerja di ladangnya. Setelah berasa penat dia mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu yang mereka tanam tumbuh dengan suburnya. Apabila hari menjelang petang isterinya mengajak Tok Jelebu pulang ke rumah. Tetapi kata Tok Jelebu dia hendak mandi dahulu di Sungai Lumut.Maka Tok Batin Jelebu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung menyabung. Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu pun pasang. Tok Batin Jelebu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu. Setelah puas dicari Tok Batin dipanggil namanya, namun Tok Batin tidak muncul juga. Akhirnya mereka yakin bahawa Tok Batin Jelebu mati lemas di Sungai Lumut dan mayatnya dibawa arus. Setelah Tok Batin Jelebu mati maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah. Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat itu ‘Jalar Labu’ tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu. (credit Maruwiyah Ahmat)


ni gambar depan umah kat kanpung den..pagi berkabus tebal..bukan jerebu tau..di hutan jelebu ini la terhasilnya MADU ASLI HUTAN JELEBU yang berkualiti tinggi. kul 9 pun sojuk yo laie..

Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan KlangPenghantaran ke Seluruh Malaysia.

13 August 2014

Madu Asli Hutan Jelebu - Senarai Harga

Nak rasai keaslian Madu Asli Hutan Jelebu? Sekarang kami menyediakan pack TRIAL 60gram -- RM 15 sahaja .Ramai mengetahui kebaikan madu kan...tapi susah bagi mendapatkan yang betul2 ORIGINAL. Ni produk dari kampung ese "Madu Hutan Jelebu" . Berminat ingin mendapatkan secara terus? COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan Klang

Berikut adalah Harga Madu Hutan Jelebu :

220 gram -- RM45
350 gram -- RM60
1 kg --RM150
TRIAL 60gram -- RM 15

**Berminat tapi jauh dari kawasan COD? Kami juga menyediakan perkhidmatan pengeposan hanya untuk 300 gram sahaja.




Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan Klang
Penghantaran ke Seluruh Malaysia.

11 August 2014

KisahCinta : Saya Pengedar Madu Asli Hutan Jelebu

Assalammualaikum Semua dan Salam Sejahtera... Selamat Hari Raya AidilFitri..
Kisah Cinta hari ini tentang MADU, bukan MADU yang tuuut..tapi MADU yang makan tu la...Actually saya memang pengamal madu sejak dari dulu...Tapi payahnyalah nak cari yang ORIGINAL. Macam mana rasanya MADU pertaman saya? Kisah nya panjang..mari di pendekkan cerita, dulu masa kecik2 lebah suka buat sarang kat luar rumah keluarga saya di Jelebu, jadi bila dah ada madunya memang arwah abah akan ambil..dari situlah saya mula2 rasa MADU ASLI pertama.

Mesti ramai tahu dan sedar tentang keistimewaan madu kan? Ia sesungguhnya mempunyai seribu satu khasiat ISTIMEWA. Jom tengok dan baca serba sedikit tentang madu....

Nak rasa nak cuba Madu Asli dari Jelebu?

:: MADU RAJA SEGALA UBAT ::

PERUBATAN herba dan alternatif kini menjadi kaedah rawatan dan penyembuhan yang semakin dapat diterima dalam dunia moden. Dengan pelbagai kajian saintifik tentang manfaat sesuatu herba atau sumber tradisional, ia menambahkan lagi keyakinan orang ramai tentang penggunaannya.

Madu lebah a diberikan sebagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'.

Hakikatnya, madu mempunyai sejarah yang panjang bersama evolusi kehidupan manusia. Sekiranya diimbas sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun sebelum Masihi.

Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom.

Malah, sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah dalam perubatan amatlah masyhur. 

Ini bertetapan dengan firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa (penawar) kepada manusia.

Antara kebaikan-kebaikan yang terkandung di dalam MADU :

Sebagai sumber tenaga segera untuk memenuhi keperluan badan.
Kaya dengan vitamin B1, B2, C, B3, B5, B6, magnesium, kalium, zat besi dan fosfat.
Menghalang pembentukan radikal bebas yang menyebabkan penyakit.
Membantu menghilangkan lendir dan melegakan batuk yang berpanjangan.
Membantu mengendurkan urat-urat yang tegang yang menyebabkan stres dan kemurungan.
Mencantik, manghalus dan mengawal keanjalan kulit.
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Memastikan keanjalan kulit selepas bersalin.
Credit : WISMA MENJARO

Sekiranya anda berminat mendapatkan #MADU ASLI HUTAN JELEBU sms.call.whatsapp.telegram saya 0193854667. COD Seluruh Kawasan Shah Alam dan Klang
Penghantaran ke Seluruh Malaysia.